Assalamualaikum w.b.t sahabat QurbanAid yang dirahmati Allah S.W.T dan Salam Sejahtera

“Allah S.W.T. akan menolong seorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.”
(HR Muslim)

Selain daripada Ibadah Qurban yang biasa dibuat di tanah air, kita di QurbanAid melakukannya di luar negara, atas dasar untuk membantu saudara-saudari seagama kita di sana yang berada di dalam keadaan fakir miskin. Pada masa yang sama, kita juga ada membawa beberapa golongan yang mengambil bahagian dalam Ibadah ini dan gembiranya mereka untuk memberi pandangan mereka tentang acara XPDC QurbanAid. Jom kita baca kata-kata testimoni daripada peserta XPDC QurbanAid 2017.

Mohd Faizal Bin Eshak

“Assalamualaikum w.b.t. Saya Mohd Faizal Bin Eshak daripada Fitrah Ummah. Alhamdulilah untuk XPDC Qurban kali ini saya berpeluang berkolaborasi bersama kawan baik saya, saudara Aswad Khawarie, untuk QurbanAid dan ekspidisi Qurban di Kemboja ini.

“Saya nampak aktiviti ini sangat baik, walaupun saya dah beberapa kali datang ke sini dan Alhamdulilah, pegurusan kali ini adalah yang terbaik. Bermula daripada awal sehinggalah ke saat ini perjalanan Qurban itu.”

“Saya pun ada melaksanakan Qurban untuk pelanggan saya sendiri yang akan dilaksanakan disini dan Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Jadi terima kasih banyak kepada saudara Aswad Khawarie atas satu program yang sangat berjaya bagi saya.”

“Saya galakkanlah kepada peserta-peserta selepas ini kalau ingin mengembara secara Ilmiah dan menimba pengalaman yang sangat-sangat menarik di Kemboja ini, boleh ikut Hannah Travel & Tours kerana mereka mempunyai hubungan yang baik dengan persatuan Kemboja, dan dari segi pengurusan sangat-sangatlah cantik.”