Assalamualaikum w.b.t sahabat QurbanAid yang dirahmati Allah S.W.T

Jika sang mentari tak memancarkan sinarnya kerana tertutup awan mendung,
maka jadilah matahari yang menyinari orang di sekitarmu.

Tahukah anda selain melakukan ibadah qurban di luar negara, anda juga berpeluang untuk menyertai XPDC Qurban di kampung yang terpilih di negara Kemboja. Wahh! Seronoknya.

Kenapa anda perlu menyertai XPDC ini?

Program ini juga mempunyai serampang dua mata selain bertujuan untuk merasai sambutan Hari Raya Korban (Eidul Adha) di nusantara malah berpeluang merasai pengembaraan yang penuh dengan pengisian bercirikan Islamik di samping membantu umat Islam yang lebih memerlukan di sana.

Bilakah XPDC ini akan bermula?

Dengan izin Allah pada 21-25 Ogos 2018 peserta akan meninggalkan bumi Malaysia sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha iaitu pada 21 Ogos 2018. Selama 5 hari peserta akan berkampung disana untuk sambutan Aidiladha.Kebanyakan program tersebut telah dilaksanakan di Kemboja khususnya. Kemboja sentiasa menjadi destinasi pilihan kerana kerajaan Kemboja sangat menggalakkan badan-badan NGO, persatuan dan organisasi untuk membantu masyarakat mereka tanpa sekatan.

Di samping itu, program ini juga melibatkan banyak syarikat-syarikat korporat, swasta IPTA dan IPTS yang ingin turut serta menjayakan XPDC ini. XPDC ini turut disertai oleh icon dakwah terkenal Malaysia seperti Imam Muda Syed Faris & Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi. Selebriti ini akan menjanjikan sesuatu kelainan kepada penduduk di Kemboja kerana banyak aktiviti yang diaturkan oleh team QurbanAid bagi memeriahkan lagi sambutan Aidiladha di sana.

Menarik bukan?

Jadi, ini adalah peluang anda untuk merasai kemanisan melakukan ibadah Qurban bersama penduduk kampung. Jika sebelum ini, anda menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluraga tercinta dan kenapa tidak untuk tahun ini marilah bersama-sama dengan Team QurbanAid XPDC untuk mengertikan lagi sambutan Aidiladha bersama penduduk di Kemboja.