Program Jelajah Masjid

Assalamualaikum w.b.t. sahabat QurbanAid yang dirahmati Allah S.W.T dan Salam Sejahtera
Selamat pagi mulakan dengan Bismillah beserta dengan senyuman.
Moga hari ini hari yang diberkati.

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
(Muhammad 47:7)

Team QurbanAid turut bergiat aktif dengan menjalankan aktiviti jelajah masjid. Berpaksikan untuk meningkatkan lagi kesedaran masyarakat Malaysia berkenaan ibadah Qurban di luar negara. Team QurbanAid telah menjelajah ke masjid-masjid terpilih di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur bersama Ikon QurbanAid, Ustaz Shahrizan Daud At Turabi.

Program ini mendapat sambutan yang hangat kerana rata-ratanya para Jemaah masih kurang prihatin dengan ibadah Qurban. Malah ada yang beranggapan ibadah Qurban hanya boleh dilakukan oleh golongan tua mahupun yang betul-betul mampu. Setelah menyaksikan sendiri Team QurbanAid mengedarkan 'flyers' atau 'brochure,' mereka seolah-olah berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Kami juga turut diajukan dengan pelbagai soalan berkaitan ibadah Qurban dan soal jawab hukum-hukum ibadah Qurban. Program ini sedikit sebanyak telah membuka mata golongan muda mahupun masyarakat di luar sana.

Banyak masjid yang dikunjungi oleh Team QurbanAid kami antaranya di Masjid As-Syakirin yang bertempat di KLCC, Kuala Lumpur. Sebagai masjid yang menjadi tumpuan warga kota untuk solat, terutamanya solat Zohor dan Solat Asar, ia menjadikan program ini sangat mendapat sambutan setelah Team kami membuka 'booth' dan pendaftaran ibadah Qurban secara langsung di sana. Penyertaan para Jemaah juga sangat menggalakkan. Tambahan pula, mereka merasakan program yang dijalankan ini sangat baik sekali kerana tidak ramai yang membuat program jelajah seperti ini walaupun ianya masih terlalu awal dan masih dalam suasana bulan Ramadan. Kami dari QurbanAid sangat berlapang dada kerana kami dapat membantu mendaftarkan mereka untuk melakukan ibadah Qurban di luar negara dengan cepat dan mudah.


Selain itu, QurbanAid juga membuka ruang dan peluang untuk anda yang ingin menjemput membuka booth di Masjid atau pun badan-badan Kerajaan mahupun N.G.O. (Non-Goverment Organisation) untuk meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan masyarakat Malaysia berkenaan dengan ibadah Qurban yang bermanfaat ini.


Kepada anda yang ingin menjemput QurbanAid untuk mengadakan jelajah dan sebarang jemputan ceramah dan membuka 'booth' bolehlah hubungi wakil kami atau talian Hotline QurbanAid di 03 8081 6133.Kami sangat berbesar hati menerima jemputan daripada pihak anda.

Jom berqurban bersama QurbanAid!

"Untuk mereka kali ini"

Artikel berkaitan...