Kemiskinan Dan Kelaparan – Menurut Perspektif Islam

Assalamualaikum w.b.t sahabat QurbanAid yang dirahmati Allah S.W.T
Harus kita terbang, adalah untuk pulang.
Burung tetap akan terbang, meninggalkan dahannya.

Al-Qur’an dan Hadits tidak menetapkan angka tertentu dan kepastian sebagai ukuran kemiskinan namun Al-Qur’an menjadikan setiap orang yang memerlukan sesuatu dengan fakir atau miskin, sehingga para pakar Islam berbeza pendapat dalam menetapkan tahap kemiskinan dan berusaha menemukan sesuatu dalam ajaran Islam yang dapat digunakan sebagai titik ukur kemiskinan, yakni dengan menggunakan zakat.

Zakat adalah bahagian dari pendapatan dan kekayaan masyarakat yang diperoleh dari usaha di pelbagai sektor seperti pertanian, perdagangan, jasa yang menjadi hak dan harus diberikan kepada orang yang berhak dengan taraf yang berbeza-beza yang dipotong dalam jumlah pendapatan setahun, tetapi pembahagiannya dapat dilakukan sepanjang waktu. Dalam zakat terdapat ketentuan bahawa suatu pendapatan atau kekayaan wajib menunaikan zakat jika dalam setahun sudah memenuhi nishab.

Pandangan Islam tentang kemiskinan

Dari Bahasa aslinya (Arab), kata miskin diambil dari kata ‘sakana’ yang bererti ‘diam atau tenang’. Manakalanya kata fakqr bererti ‘tulang punggung’. Faqir adalah orang yang patah tulang punggungnya atau dalam Bahasa lain, beban yang di pikulnya sedemikian berat sehingga mematahkan tulang punggungnya.

Hakikatnya, Islam menganggap kemiskinan sebagai suatu masalah yang memerlukan penyelesaian, bahkan merupakan satu cabaran yang wajib diperangi. Usaha-usaha mencari penyelesaian perlu dilakukan, tetapi ini bukan bererti kita menafikan qada’ dan qadar Allah S.W.T. terhadap setiap makhluk-Nya.

Di antara prinsip Islam, setiap permasalahan ada penyelesaiannya. Setiap penyakit ada ubatnya. Dia yang menjadikan penyakit, dan Dia jugalah yang menyembuhkannya. Jika kemiskinan ditakdirkan oleh Allah S.W.T., maka pembebasan dari belenggu kemiskinan juga merupakan takdir Allah S.W.T. juga.



Adakah usaha memerangi kemiskinan bertentangan dengan sifat qanaah? Adakah qanaah dan ridha dengan rezeki yang Allah S.W.T. kurniakan bererti ridha dengan kehidupan yang melarat, duduk tidak bekerja untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan membiarkan orang kaya dalam kemewahan dan pembaziran? Tidak!

Sebenarnya, qanaah membawa dua maksud iaitu :
1. Keimanan yang mengekang tabiat manusia yang tamak dan cenderung kepada dunia, seolah-olah kehendak mereka tidak mampu dipenuhi agar lebih mengutamakan akhirat yang kekal abadi.
2. Mengakui bahawa Allah S.W.T. menjadikan manusia berbeza-beza tahap rezekinya sebagaimana Allah S.W.T. menjadikan bakat dan kebolehan yang berbeza bagi setiap manusia. Tugas manusia ialah berusaha dan berikhtiar pada masa yang sukar.

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah an-Nahl ayat 71 :
“Dan Allah melebihkan sebagian kamu dari sebagian yang lain dalam soal rezeki”.

Bererti sifat qanaah akan menjadikan manusia ridha dengan apa yang dikurniakan oleh Allah yang tidak mampu diubah atau terhalang oleh suasana dan keadaan yang memaksa, serta tidak memimpikan kelebihan yang Allah kurniakan kepada orang lain sehingga timbul perasaan hasad dengki.

Islam menolak pandangan golongan Kapitalisme yang berpendapat kemiskinan merupakan masalah yang dipertanggung-jawabkan ke atas diri orang miskin sendiri, bukan tanggung jawab Ummah, negara atau orang kaya. Kerana bagi mereka, kekayaan yang diperoleh adalah hak mutlak mereka dan setiap individu bebas menggunakan hartanya dan berbuat apa saja.

Teori ‘Qarunisme’ ini meniru bulat-bulat keangkuhan Qarun yang menganggap kekayaannya adalah hasil kebijaksaannya sendiri, bukan anugerah Allah dan enggan menginfaqkan hartanya untuk membantu golongan yang lemah seperti yang disebut dalam Al-Quran,

Dia (Qarun) berkata:
"Sesungguhnya harta kekayaan ini adalah hasil kebijaksanaan ilmuku.”(Al-Qasas:77).

Hakikatnya, dalam Islam, harta adalah hak mutlak Allah, kerana Dialah yang menjadikan dan menganugerahkannya, manakala manusia hanyalah wakil (khalifah) yang ditugaskan untuk menjaga, membangunkan dan membelanjakan harta mengikuti suruhan dan keridhaan-Nya.

Allah menyatakan dalam firman-Nya :
“Dan nafkahkanlah dari apa yang kami jadikan kamu menguasainya”. (Al-Hadid:7).

Kerana kemiskinan merupakan satu penderitaan dalam serba kekurangan, maka Allah S.W.T. mengingatkan bahawa hal itu merupakan salah satu ujian dari Allah S.W.T. sebagaimana Firman-Nya:
"Dan sesungguhnya Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Al Baqarah : 155).

Mengenai sebab-sebab timbulnya kemiskinan, Ali Yafie menguraikan dari kesimpulan Hadith Nabi, berupa doa,"…Aku mohon supaya Engkau (Tuhan) melindungi aku dari kelemahan, kemalasan, ketakutan, penindasan hutang dan dikuasai semua manusia".

Artikel berkaitan...