Testimoni Peserta XPDC 2017

Assalamualaikum w.b.t sahabat QurbanAid yang dirahmati Allah S.W.T dan Salam Sejahtera
“Allah S.W.T. akan menolong seorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.”
(HR Muslim)

Selain daripada Ibadah Qurban yang biasa dibuat di tanah air, kita di QurbanAid melakukannya di luar negara, atas dasar untuk membantu saudara-saudari seagama kita di sana yang berada di dalam keadaan fakir miskin. Pada masa yang sama, kita juga ada membawa beberapa golongan yang mengambil bahagian dalam Ibadah ini dan gembiranya mereka untuk memberi pandangan mereka tentang acara XPDC QurbanAid. Jom kita baca kata-kata testimoni daripada peserta XPDC QurbanAid 2017.

Mohd Faizal Bin Eshak

“Assalamualaikum w.b.t. Saya Mohd Faizal Bin Eshak daripada Fitrah Ummah. Alhamdulilah untuk XPDC Qurban kali ini saya berpeluang berkolaborasi bersama kawan baik saya, saudara Aswad Khawarie, untuk QurbanAid dan ekspidisi Qurban di Kemboja ini.

"Saya nampak aktiviti ini sangat baik, walaupun saya dah beberapa kali datang ke sini dan Alhamdulilah, pegurusan kali ini adalah yang terbaik. Bermula daripada awal sehinggalah ke saat ini perjalanan Qurban itu."

"Saya pun ada melaksanakan Qurban untuk pelanggan saya sendiri yang akan dilaksanakan disini dan Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Jadi terima kasih banyak kepada saudara Aswad Khawarie atas satu program yang sangat berjaya bagi saya."

"Saya galakkanlah kepada peserta-peserta selepas ini kalau ingin mengembara secara Ilmiah dan menimba pengalaman yang sangat-sangat menarik di Kemboja ini, boleh ikut Hannah Travel & Tours kerana mereka mempunyai hubungan yang baik dengan persatuan Kemboja, dan dari segi pengurusan sangat-sangatlah cantik.”

Norhaslinda Binti Mat Hassin

“Assalamualaikum w.b.t., salam ceria salam sihat selalu, Saya Dr Linda, pakar kecantikan dan pakar penuaan anda. Sebenarnya program QurbanAid atau Kembara Kemboja (XPDC) pada tahun ini yang telah di pilih iaitu wilayah Kampot dengan kerjasama BNI Perdana dan juga dengan kerjasama utama Hannah Travel membawa kesan yang amat mendalam pada diri saya sendiri sebegai Doktor."

"Yang bertugas dimisi ini sama-sama menyahut cabaran untuk bersama-sama kita menjayakan program Qurban ini. Salah satunya, kita berjaya sampai menjejakkan kaki ke negara, ataupun wilayah kampung ini, yang saya amati, satu wilayah yang indah."

"Tetapi dengan kadar kemiskinan yang amat tinggi, dan kita sebagai umat manusia dan warga Islam wajib datang dan tengok."

"Melihat sendiri masalah dan kemiskinan mereka dengan menjayakan Qurban ini, kita sama-sama dapat merasakan kemiskinan dan bagaimana kita boleh berqurban bersama-sama."

"Dan harapan saya untuk warga-warga lain (masyarakat Malaysia) yang ada, perlu menjayakan program pada tahun-tahun yang akan datang kerana anda perlu datang dan lihat sendiri dengan mata sendiri. Terima kasih."

Secara puratanya, mereka cukup berpuas hati dan merasa bangga setelah mengikuti XPDC Qurban ini. Program yang dianjurkan ini diharapkan oleh mereka untuk diteruskan di masa hadapan kerana banyak manfaat yang diperoleh dari kedua-dua belah pihak, terutamanya kepada penduduk di negara-negara Islam di luar sana yang sangat memerlukan pertolongan. Selain daripada itu, mereka yang terlibat telah pun memperolehi satu pengalaman yang sangat berfaedah, dimana yang dilaksanakan oleh Rasullulah S.A.W. sendiri. Pada masa yang sama, berlipat ganda pahala dan mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat Islam di sana.

Artikel berkaitan...