Persoalan Aqiqah

Penerangan mengenai Ibadah Aqiqah dan perkhidmatan QurbanAid

Pengenalan Aqiqah
  • arrow_drop_downApakah maksud ibadah Aqiqah?
    Bahasa : Rambut yang tumbuh diatas kepala bayi.
    Syarak : Haiwan ternakan yang disembelih ketika mencukur rambut dikepala bayi.
  • arrow_drop_downKenapa perlu laksanakan Aqiqah?
    Aqiqah adalah salah satu sunnah Rasullah S.A.W. Ia juga sebagai tanda syukur ibubapa di atas kelahiran anak.
  • arrow_drop_downBilakah waktu paling sesuai untuk melaksanakan ibadah Aqiqah?
    Ibadah Aqiqah sebaiknya dilaksanakan pada hari ke-7 mengikut Sunnah Rasullah S.A.W. atau selagi dia belum baligh. Jika tidak sempat hari ke 7 boleh dilakukan pada hari ke 14 atau ke 21 dan seterusnya tiap-tiap 7 hari berikutnya.
  • arrow_drop_downApakah perkara sunnah yang boleh dilakukan pada hari penyembelihan Aqiqah anak?
    - Mencukur rambut bayi tersebut pada hari ketujuh kelahirannya.
    - Memberikan nama pada bayi tersebut.
    - Bersedekah dengan emas atau perak seberat rambutnya yang telah dicukur.
    - Mengkhatan bayi tersebut.
  • arrow_drop_downSiapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan Aqiqah?
    Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibubapa yang dikurniakan anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.
Umum Aqiqah
  • arrow_drop_downAntara Aqiqah dan Qurban yang mana perlu di utamakan dahulu?
    Sebaiknya jika belum laksanakan Aqiqah, utamakan ibadah Aqiqah kerana ia dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah Qurban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.
  • arrow_drop_downBolehkah datuk yang tolong menjalankan Aqiqah untuk cucunya?
    Boleh. Jika ibubapa kepada anak tersebut tidak berkemampuan, sunat bagi datuknya yang berkemampuan untuk menjalankan Aqiqah cucunya. Nabi S.A.W. pun pernah melakukan Aqiqah untuk cucunya iaitu Hasan dan Husain, kerana kedua-dua ibubapa mereka tidak mampu untuk melakukan Aqiqah untuk mereka.
  • arrow_drop_downSaya mempunyai seorang anak angkat. Perlukah saya melaksanakan Aqiqah untuknya?
    Hukumnya sunat. Ia sebagai tanda syukur mendapat anak itu.
  • arrow_drop_downBolehkah saya mengaqiqahkan anak yatim?
    Boleh dan digalakkan dengan niat untuk membantu mereka.
  • arrow_drop_downAnak saya meninggal dalam kandungan atau sebelum sempat hari ke-7 sudah meninggal, perlukah saya membuat Aqiqah?
    Hukumnya sunat. Ia sebagai tanda syukur mendapat anak. Anak tersebut dapat memohon syafaat untuk ibubapanya di akhirat nanti.
  • arrow_drop_downBolehkah saya melaksanakan Aqiqah untuk diri sendiri walaupun saya sudah besar dan sudah bekerja sekiranya ibu bapa saya tidak mampu melaksanakannya?
    Boleh kerana Rasulullah S.A.W sendiri mengaqiqahkan diri baginda selepas baginda diangkat menjadi Rasul.
  • arrow_drop_downBolehkah ibubapa yang tidak berkemampuan menggunakan terlebih dahulu duit yang diberikan kepada bayi untuk melaksanakan Aqiqah?
    Boleh, tetapi ibu bapa perlu menggantikan semula duit itu apabila sudah berkemampuan walaupun anak sudah dewasa.
  • arrow_drop_downBolehkah seekor kambing dikongsi oleh dua orang anak bagi tujuan Aqiqah?
    Tidak ada hadis yang menyatakan keharusan berkongsi seekor kambing untuk dua orang anak bagi ibadah Aqiqah. Jika seseorang kurang berkemampuan menunaikan tuntutan itu serentak, maka tunaikanlah seorang demi seorang anak dalam perlaksanaan Aqiqah mengikut kemampuan.
Hukum & Hikmah Ibadah Aqiqah
  • arrow_drop_downApakah hukum melaksanakan ibadah Aqiqah?
    Sunat Mu’akkad iaitu sunat yang dituntut melakukannya.
  • arrow_drop_downApakah hikmah dan fadhilat ibadah Aqiqah?
    1. Mendekatkan diri anak kepada Allah S.W.T. dari peringkat awal.
    2. Sebagai fidyah(tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana.
    3. Mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada daging Aqiqah.
    4. Mendapat ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat.
Jenis-Jenis Haiwan Aqiqah
  • arrow_drop_downApakah jenis haiwan yang dibolehkah untuk Aqiqah?
    - Unta (lebih 5 tahun).
    - Lembu atau kerbau (lebih 2 tahun).
    - Kibas, biri-biri, kambing atau domba (lebih 1 tahun).
Pembahagian Aqiqah
  • arrow_drop_downBerapa kadar Aqiqah untuk anak lelaki dan perempuan?
    Dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Bagi anak lelaki, Aqiqah seekor kambing juga sah kerana Rasullah S.A.W. mengaqiqahkan cucu beliau, Hasan & Husain dengan seekor kibasy – Riwayat Abu Daud.
  • arrow_drop_downBenarkah daging haiwan aqiqah sunat dimasak manis?
    Benar, dalam Mazhab Syafi'i sendiri pun dijelaskan oleh Al-Shirazi: "Dan disunatkan memasak dagingnya dengan masakan yang manis agar mengambil tafa'ul (ucapan yang baik) supaya akhlaknya juga manis". (al-Muhazzab bin Sharh al-Nawawi)
  • arrow_drop_downBolehkah melaksanakan Aqiqah untuk anak lelaki dengan seekor kambing sahaja kemudian melaksanakan seekor lagi di masa yang lain?
    Boleh, jika tidak berkemampuan dengan 2 ekor sekaligus. Tetapi, apabila sudah berkemampuan hendaklah disempurnakan pada masa yang lain.
Mengenai AqiqahAid
  • arrow_drop_downKenapa AqiqahAid melaksanakan Aqiqah di luar negara dan bukan di Malaysia?
    AqiqahAid diwujudkan untuk menyediakan alternatif ibadah Aqiqah dengan kos yang lebih berpatutan. Memandangkan harga sebahagian lembu didalam negara mencapai RM600, AqiqahAid menjadi medium untuk menggalakkan umat islam menjalankan ibadah dan membantu kelompok Islam yang lebih memerlukan dalam tempoh yang sama.
  • arrow_drop_downBagaimana saya nak pastikan ibadah Aqiqah saya telah dilaksanakan?
    Video dan gambar pelaksanaan Aqiqah akan dimuat-naik ke media sosial AqiqahAid bergantung kepada keadaan perlaksanaan. Kebiasaanya, ibadah Aqiqah lebih mudah dirakamkan berbanding ibadah Qurban. Pihak AqiqahAid tidak menjanjikan setiap penyertaan disertakan dengan bukti video.

    Walaubagaimanapun, pihak pengurusan AqiqahAid akan memastikan setiap penyertaan dilaksanakan dengan baik dan bertanggungjawab. Pihak yang melaksanakan ibadah disetiap negara sasaran AqiqahAid dipantau dalam setiap tempahan.
  • arrow_drop_downKenapa harga lembu dan kambing di AqiqahAid lebih murah?
    Harga haiwan ternakan di negara luar adalah lebih murah dibandingkan di dalam Malaysia. Oleh itu, kami membuka peluang untuk mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dan masa bersama-sama merebut peluang menjalankan ibadah Aqiqah.