fbpx

PERSOALAN BADAL HAJI

PENGENALAN BADAL HAJI

Apakah itu pengertian Badal Haji ?

Pengertian Badal Haji adalah melaksanakan ibadah Haji bagi pihak orang lain.

Siapakah yang layak melaksanakan Badal Haji ?

Untuk sesiapa yang telah melaksanakan ibadah Haji sebelum ini, boleh dibuatnya untuk orang yang tidak berkemampuan. Kebanyakan mereka yang melaksanakan badal haji ialah petugas-petugas Malaysia, pelajar Malaysia/Pattani yang berada di Mekkah dan pelajar maahad tahfiz juga penduduk Mekkah yang telah ditauliahkan.

Siapakah yang melaksanakan Badal Haji dibawah Hannah Travel & Tours ?

Seorang melayu atau muslim yang berpengetahuan tentang ibadah Haji/Umrah, berakhlak, berpengalaman dan pernah mengerjakan Haji serta keutamaan kepada penduduk yang bermukim di Kota Mekkah.

HUKUM & HIKMAH BADAL HAJI

Apakah hukum melaksanakan Badal Haji ?

Menurut Imam Syafi’i, terdapat dua hukum iaitu wajib dan harus:
– Wajib bagi mereka yang berkemampuan dan tidak sempat melaksanakan ibadah Haji semasa hayatnya.
– Harus bagi mereka yang tidak berkemampuan dan telah meninggal dunia.

Bolehkah kita melaksanakan badal Haji untuk orang yang telah meninggal dunia ?

Dibenarkan untuk membuat sedemikian.

Hikmah dan Fadhilat melakukan badal haji ?

– Memberi peluang kepada orang yang sakit (tiada harapan untuk sembuh) atau orang tua yang terlalu uzur mengupah orang lain untuk menyempurnakan haji bagi pihaknya.
– Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarga untuk berbakti kepada ibu bapa atau saudara mara.

TEMPAHAN & PEMBAYARAN BADAL HAJI

Adakah Hannah Travel & Tours menerima pembayaran secara atas talian ?

Ya. Hannah Travel & Tours menerima pembayaran secara atas talian, tetapi mesti dimaklumkan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa pembayaran. Anda boleh menggunakan no. akaun Hannah Travel & Tours Sdn Bhd:
– MAYBANK (5623 5751 5098).
– CIMB (8602 8501 52).

Bagaimanakah saya hendak membuat bayaran secara cek ataupun tunai ?

Cek : Pembayaran boleh dibuat dibawah nama Hannah Travel & Tours Sdn. Bhd dan disertakan sekali dengan no. bank akaun pilihan.

Tunai : Pembayaran boleh dibuat di Pejabat Hannah Travel & Tours yang beralamat: No. 20-2, Jalan USJ 9/5P, 47620 UEP Subang Jaya, Selangor.

Adakah Hannah Travel & Tours menerima bayaran pendahuluan ?

Maaf, Hannah Travel & Tours tidak membuat bayaran pendahuluan. Hanya bayaran penuh sahaja.

Bagaimanakah saya nak pastikan badal haji saya telah dilaksanakan ?

Pihak Hannah Travel & Tours akan maklumkan kepada pihak tuan/puan dari masa ke semasa.

UMUM BADAL HAJI

Bolehkah seseorang wanita mengerjakan badal Haji untuk seorang lelaki dan sebaliknya?

Dibenarkan untuk membuat sedemikian.

Apakah cenderahati yang akan diberi kepada waris ?

Sijil badal haji.

*Tertakluk kepada perubahan.

Bilakah waris boleh mendapat sijil badal Haji dan cenderahati itu ?

Sebulan selepas Hari Raya Haji.

Bolehkah saya membuat pembatalan badal Haji ?

Boleh membuat pembatalan tetapi tertakluk kepada polisi pembatalan. Berkemungkinan tiada pemulangan pembayaran.

Jika saya berminat, bagaimana hendak hubungi Hannah Travel & Tours ?

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami di:
Office : +603-8081-6133
Hotline : 1-800-81-8757
Website : www.hannahtravel.my
Facebook : Hannah Travel & Tours