Persoalan Badal Haji

Penerangan mengenai Ibadah Badal Haji dan perkhidmatan QurbanAid

Pengenalan Badal Haji
  • arrow_drop_downApakah itu pengertian Badal Haji?
    Pengertian Badal Haji adalah melaksanakan ibadah Haji bagi pihak orang lain.
  • arrow_drop_downSiapakah yang layak melaksanakan Badal Haji?
    Untuk sesiapa yang telah melaksanakan ibadah Haji sebelum ini, boleh dibuatnya untuk orang yang tidak berkemampuan. Kebanyakan mereka yang melaksanakan badal haji ialah petugas-petugas Malaysia, pelajar Malaysia/Pattani yang berada di Mekkah dan pelajar maahad tahfiz juga penduduk Mekkah yang telah ditauliahkan.
  • arrow_drop_downSiapakah yang melaksanakan Badal Haji dibawah Hannah Travel & Tours?
    Seorang melayu atau muslim yang berpengetahuan tentang ibadah Haji/Umrah, berakhlak, berpengalaman dan pernah mengerjakan Haji serta keutamaan kepada penduduk yang bermukim di Kota Mekkah.
Hukum & Hikmah Badal Haji
  • arrow_drop_downApakah hukum melaksanakan Badal Haji?
    Menurut Imam Syafi'i, terdapat dua hukum iaitu wajib dan harus:
    - Wajib bagi mereka yang berkemampuan dan tidak sempat melaksanakan ibadah Haji semasa hayatnya.
    - Harus bagi mereka yang tidak berkemampuan dan telah meninggal dunia.
  • arrow_drop_downBolehkah kita melaksanakan badal Haji untuk orang yang telah meninggal dunia?
    Dibenarkan untuk membuat sedemikian.
  • arrow_drop_downHikmah dan Fadhilat melakukan badal haji?
    - Memberi peluang kepada orang yang sakit (tiada harapan untuk sembuh) atau orang tua yang terlalu uzur mengupah orang lain untuk menyempurnakan haji bagi pihaknya.
    - Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarga untuk berbakti kepada ibu bapa atau saudara mara.
Waktu & Syarat Pelaksanaan Badal Haji
  • arrow_drop_downApakah syarat bagi orang yang diwakilkan?
    Seseorang itu wajib melaksanakan ibadah Haji untuk dirinya terlebih dahulu sebelum membuat badal Haji.
  • arrow_drop_downAdakah badal Haji boleh dilakukan untuk orang yang masih hidup?
    Boleh, dengan syarat:
    - untuk orang yang sakit (tiada harapan untuk sembuh).
    - Untuk orang tua yang terlalu uzur.
Tempahan & Pembayaran Badal Haji
  • arrow_drop_downAdakah Hannah Travel & Tours menerima pembayaran secara atas talian?
    Ya. Hannah Travel & Tours menerima pembayaran secara atas talian, tetapi mesti dimaklumkan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa pembayaran. Anda boleh menggunakan no. akaun Hannah Travel & Tours Sdn Bhd:
    - MAYBANK (5623 5751 5098).
    - CIMB (8602 8501 52).
  • arrow_drop_downBagaimanakah saya hendak membuat bayaran secara cek ataupun tunai?
    Cek : Pembayaran boleh dibuat dibawah nama Hannah Travel & Tours Sdn. Bhd dan disertakan sekali dengan no. bank akaun pilihan.

    Tunai : Pembayaran boleh dibuat di Pejabat Hannah Travel & Tours yang beralamat: No. 20-2, Jalan USJ 9/5P, 47620 UEP Subang Jaya, Selangor.
  • arrow_drop_downAdakah Hannah Travel & Tours menerima bayaran pendahuluan?
    Maaf, Hannah Travel & Tours tidak membuat bayaran pendahuluan. Hanya bayaran penuh sahaja.
  • arrow_drop_downBagaimanakah saya nak pastikan badal haji saya telah dilaksanakan?
    Pihak Hannah Travel & Tours akan maklumkan kepada pihak tuan/puan dari masa ke semasa.
Umum Badal Haji
  • arrow_drop_downBolehkah seseorang wanita mengerjakan badal Haji untuk seorang lelaki dan sebaliknya?
    Dibenarkan untuk membuat sedemikian.
  • arrow_drop_downApakah cenderahati yang akan diberi kepada waris?
    Sijil badal haji.

    *Tertakluk kepada perubahan.
  • arrow_drop_downBilakah waris boleh mendapat sijil badal Haji dan cenderahati itu?
    Sebulan selepas Hari Raya Haji.
  • arrow_drop_downBolehkah saya membuat pembatalan badal Haji?
    Boleh membuat pembatalan tetapi tertakluk kepada polisi pembatalan. Berkemungkinan tiada pemulangan pembayaran.
  • arrow_drop_downJika saya berminat, bagaimana hendak hubungi Hannah Travel & Tours?
    Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami di:
    Office : +603-8081-6133
    Hotline : 1-800-81-8757
    Website : www.hannahtravel.my
    Facebook : Hannah Travel & Tours