Pembayaran

Cara dan syarat membuat pembayaran tempahan QurbanAid anda

Soalan Pembayaran
  • arrow_drop_downBagaimana saya hendak membuat bayaran secara pindahan atas talian?
    Gunakan portal atas talian bergantung kepada bank kegunaan anda. Pembayaran perlu dibuat atas nama HTT SERVICES dengan no. akaun 8602 9642 61 untuk CIMB Bank ataupun boleh diterima juga untuk akaun Maybank, iaitu no. akaun 5623 5751 5074 diatas nama HTT SERVICES juga. Penyertaan hanya akan diproses selepas pembayaran disahkan oleh pegawai QurbanAid dalam tempoh 3 hari selepas tempahan diterima.
  • arrow_drop_downApakah jenis bank yang digunakan?
    Buat masa ini, QurbanAid hanya menerima bayaran melalui CIMB Bank dan Maybank sahaja. Pihak pengurusan akan membuka lebih banyak akaun bank untuk memudahkan dan memberi pilihan kepada peserta dimasa akan datang.
  • arrow_drop_downBagaimana saya hendak membuat bayaran dengan cek?
    Pembayaran menggunakan cek perlu dibuat atas nama HTT SERVICES dengan no. akaun 8602 9642 61 kalau menggunakan bank CIMB atau no. akaun 5623 5751 5074 untuk akaun Maybank. Serahkan cek kepada agent/HQ atau depositkan melalui Mesin Deposit Cek di bank berkenaan. Penyertaan hanya akan diproses selepas cek disahkan oleh pegawai QurbanAid dalam tempoh seminggu selepas tempahan diterima.
  • arrow_drop_downBagaimana saya hendak membuat bayaran secara tunai?
    Pembayaran tunai hanya diterima melalui HQ QurbanAid sahaja. Pihak QurbanAid tidak akan bertanggungjawab apabila berlakunya masalah, jika pembayaran tunai dibuat melalui mana-mana wakil agen.
  • arrow_drop_downBagaimanakah saya boleh mengetahui jika pembayaran saya berjaya atau gagal?
    Bagi pembayaran secara atas talian, setelah tempahan diterima, pengawai QurbanAid akan mengesahkan penerimaan pembayaran dalam tempoh 3 hari. Jika pembayaran tidak diterima kepada HTT SERVICES, Pegawai QurbanAid akan menghubungi peserta dan membantu proses pembayaran sehingga berjaya.
  • arrow_drop_downDi mana saya boleh mendapat resit rasmi pembayaran?
    Resit pembayaran diberikan oleh agen jika peserta mendaftar secara semuka. Resit rasmi dari HTT Services akan diterima selepas tempahan disahkan melalui email. Jika tempahan dilakukan secara atas talian, resit rasmi diberikan terus kepada peserta melalui email atau Whatsapp.