Pendaftaran

Cara dan syarat pendaftaran pelanggan QurbanAid

Soalan Pendaftaran
  • arrow_drop_downBagaimanakah cara untuk berdaftar dengan QurbanAid?
    - Melalui wakil agen: boleh menghubungi atau Whatsapp wakil agen yang berdaftar.
    - Layari qurbanaid.my
    - Hubungi atau Whatsapp HQ di 03 8081 6133.
    - Hadir ke HQ QurbanAid di Subang Jaya.
    - Jika mendapat flyers, borang penyertaan tersebut boleh diposkan ke pejabat Hannah Travel & Tours Services (HTT Services), HQ QurbanAid.
  • arrow_drop_downBolehkah saya berdaftar dengan QurbanAid secara atas talian?
    Boleh, Jika melalui agen, gunakan saleslink wakil agen yang diberikan dalam Whatsapp. Jika tidak melalui wakil agen, anda hanya perlu melayari laman web http://qurbanaid.my/ untuk mendaftar.
  • arrow_drop_downKenapa QurbanAid perlukan nombor kad pengenalan (I.C.) saya?
    Untuk mengenalpasti maklumat yang diberikan adalah tepat dan mengelakkan dari berlaku kesilapan sepanjang pengurusan QurbanAid dijalankan.
  • arrow_drop_downKenapa QurbanAid perlukan alamat rumah saya?
    Ia memudahkan kami untuk menghantar sijil rasmi penyertaan melalui pejabat pos.
  • arrow_drop_downKenapa QurbanAid perlukan email atau nombor telefon saya?
    Email anda diperlukan untuk menghantar Resit Rasmi tempahan. Nombor telefon anda pula diperlukan untuk pengesahan tempahan dan akad.