Persoalan Tempahan

Cara dan syarat membuat tempahan bersama QurbanAid

Soalan Tempahan
  • arrow_drop_downAdakah saya akan menerima sebarang maklumat selepas membuat pesanan?
    Pihak pengurusan QurbanAid akan menghubungi peserta dalam masa 3 hari selepas tempahan diterima. Bagi pendaftaran melalui wakil agen, bergantung kepada waktu agen melanjutkan tempahan ke HQ QurbanAid.
  • arrow_drop_downBolehkah saya membuat panggilan terus ke HQ QurbanAid?
    Panggilan boleh dilakukan mengikut waktu operasi yang tertera di laman web. Untuk mendapatkan jawapan pantas, sila hubungi pegawai QurbanAid melalui whatsapp di 03-8081 6133
  • arrow_drop_downBolehkah saya menukar atau membuat pembatalan pesanan saya?
    Sebarang pertukaran atau pembatalan pesanan boleh dilakukan dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh perlaksanaan. Sila hubungi wakil agen atau HQ QurbanAid untuk urusan lanjut.
  • arrow_drop_downApa yang perlu saya lakukan setelah membuat pesanan?
    Pegawai QurbanAid akan menghubungi peserta dalam tempoh 3 hari selepas tempahan diterima. Kalau anda membayar melalui cek, pegawai QurbanAid akan menghubungi anda dalam tempoh 7 hari selepas tempahan diterima.
  • arrow_drop_downBagaimana dan dimana saya boleh membuat akad?
    Jika berdaftar dengan wakil agen, akad akan dilafazkan selepas selesai pendaftaran. Jika berdaftar secara online, pegawai QurbanAid akan menghubungi anda untuk melafazkan akad. Dan akad yang disebutkan adalah:

    “Saya bersetuju mewakilkan pelaksanaan ibadah Qurban/Aqiqah bagi tahun ini kepada Pengarah Program QurbanAid atas nama (nama peserta) kerana Allah Ta’ala.”
  • arrow_drop_downBolehkah saya memilih tempat untuk melaksanakan Qurban?
    Pemilihan tempat perlaksanaan ditentukan oleh pengurusan QurbanAid. Walaubagaimanapun, terdapat kelonggaran untuk memilih tempat perlaksanaan ibadah Aqiqah bergantung kepada keadaan semasa.
  • arrow_drop_downBagaimana cara jika saya ingin menukar tarikh Aqiqah?
    Anda boleh menghubungi HQ QurbanAid dan menetapkan tarikh yang ingin ditukarkan 7 hari sebelum tarikh perlaksanaan.
  • arrow_drop_downAdakah penyertaan Qurban dan Aqiqah ini dijalankan sepanjang tahun?
    Qurban akan dilaksanakan dalam tempoh Aidil Adha iaitu dari 10 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah manakala penempahan Aqiqah berjalan sepanjang tahun mengikut tempahan yang diterima.