Terma Perkhidmatan

Terma dan syarat ini mengawal pembelian anda dan penggunaan sebarang produk serta perkhidmatan yang ditawarkan syarikat Qurbanaid Sdn. Bhd. melalui laman web rasmi https://qurbanaid.com , kesemua laman web sokongan qurbanaid, media sosial, aplikasi, pegawai syarikat serta wakil jualan rasmi dibawah jenama Qurbanaid.

Apabila membuat sebarang belian dengan menggunakan laman web serta rangkaian servis qurbanaid yang termasuk didalam perkhidmatan yang anda gunakan, anda menerima terma dan syarat ini sepenuhnya tanpa sebarang paksaan dan prejudis.

Dengan menggunakan butang ‘Daftar’ dan ‘Teruskan Bayaran’, anda telah bersetuju dengan terma dan syarat, syarat penggunaan, syarat perkhidmatan serta polisi privasi perkhidmatan qurbanaid, yang mungkin akan dipinda atau diubah dari masa ke semasa. Anda disarankan untuk sentiasa memeriksa terma dan syarat terkini.

  1. Pendaftaran
    • Ibadah Qurban dan Aqiqah yang ditawarkan boleh dibeli oleh orang awam di Malaysia serta negara-negara yang ditawarkan.

    • Anda telah memeriksa butiran nama, alamat, emel, no. telefon serta nama peserta. Pihak pengurusan Qurbanaid Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan yang terjadi dari maklumat yang anda berikan.

    • Kesemua transaksi yang anda lakukan di dalam laman web ini, media sosial, pegawai berdaftar serta aplikasi yang dibangunkan oleh Qurbanaid akan diuruskan, diproses dan dikumpulkan oleh syarikat Qurbanaid Sdn. Bhd. di Malaysia.

    • Setelah pendaftaran anda lengkap, anda akan menerima resit bayaran dan pengesahan tempahan melalui email yang anda daftarkan. Maklumat ini juga boleh diakses melalui pautan laporan status yang akan anda terima melalui SMS.

    • Jika anda tidak menerima sebarang maklumat, resit bayaran serta pengesahan tempahan dari kami, sila buat laporan dengan menghubungi talian rasmi yang tertera didalam laman web rasmi atau media sosial kami.

    • Untuk mengelakkan sebarang keraguan, anda mengakui dan menerima bahawa anda terikat dengan terma dan syarat ini untuk servis qurban serta aqiqah yang anda pilih, tertakluk semasa anda melengkapkan borang pendaftaran.


  2. Pembayaran
    • Qurbanaid menawarkan platform pembayaran yang fleksibel untuk kemudahan pelanggan. Saluran pembayaran rasmi Qurbanaid adalah seperti berikut;
      • FPX Atas Talian : melalui perkhidmatan Billplz dan Toyyibpay atas nama syarikat Qurbanaid Sdn. Bhd. atau Hannah Qurbanaid Sdn. Bhd. (1298529-T) sahaja.

      • Pindahan Bank : Hannah QurbanAid Sdn Bhd / QurbanAid Sdn Bhd (CIMB: 8603 4643 89) & (Maybank: 5623 57521093) sahaja.
      • Kad Debit atau Kredit.

      • Tunai hanya di Pejabat Rasmi Qurbanaid : 20-1 Petaling Utama Avenue Jalan PJS 1/50 Taman Petaling Utama 46150 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

      • E-Wallet : TnG e-wallet / Boost dan lain-lain perkhidmatan e-wallet yang tertera nama syarikat Qurbanaid Sdn. Bhd.

    • Qurbanaid menawarkan servis bayaran ansuran sebanyak 3 kali. Bayaran asuran hanya boleh dilakukan melalui pegawai rasmi Qurbanaid dengan resit rasmi Qurbanaid yang sah. Bayaran dilakukan ke bank rasmi Qurbanaid sahaja. Bayaran secara ansuran perlu diselesaikan 7 hari sebelum tarikh Aidiladha.

    • Bergantung kepada cara pendaftaran, resit bayaran mungkin akan diterima serta-merta atau maksimum 3 hari dari tarikh bekerja.


  3. Pemprosesan Tempahan
    • Qurbanaid akan memproses tempahan anda setelah tempahan dan bayaran lengkap diterima. Sebarang perubahan butiran hanya boleh dilakukan dalam tempoh 48jam dari tarikh tempahan di buat.

    • Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, mendapatkan maklum balas serta mengesahkan maklumat tempahan, anda mungkin akan dihubungi melalui panggilan telefon dalam tempoh 3 hari dari tarikh tempahan.

    • Qurbanaid menawarkan panggilan akad sebagai tambahan perkhidmatan kami. Mengikut prosedur standard, panggilan akad akan dibuat melalui pegawai jualan dan kali ke dua melalui pegawai akad untuk pengesahan maklumat. Walaubagaimanapun, Qurbanaid berhak tidak membuat panggilan akad ke dua disebabkan jumlah tempahan yang tinggi. Akad pelanggan telah pun termaktub selepas tempahan dilakukan. Pelanggan juga boleh merujuk video yang disediakan untuk panduan akad dan niat ibadah.

    • Pelanggan yang membuat tempahan aqiqah boleh menetapkan tarikh pelaksanaan tidak kurang dari 7 hari selepas tarikh tempahan di buat.

    • Qurbanaid menggunakan sistem digital sepenuhnya untuk menguruskan maklumat tempahan pelanggan. Di dalam situasi berlaku kesilapan maklumat tempahan, yang dipersetujui dan dibuktikan kesalahan terjadi disebabkan kecuaian pegawai Qurbanaid, pelanggan berhak menuntut pembatalan tempahan mengikut klausa yang dinyatakan di dalam Fasal 5.


  1. Pelaksanaan Ibadah
    • Lokasi pelaksanaan ibadah anda ditetapkan oleh pihak Qurbanaid mengikut panduan yang telah dirancang untuk setiap tahun.

    • Untuk mengelakkan pelanggaran kuota, ketidakseimbangan agihan dan perancangan, Qurbanaid tidak membenarkan pelanggan memilih lokasi pelaksanaan sendiri.

    • Lokasi pelaksanaan ibadah akan dimuat naik di dalam pautan laporan status tempahan anda sebaik sahaja ia ditetapkan. Qurbanaid berhak mengubah tempat pelaksanaan di saat akhir tanpa sebarang notis disebabkan keadaan yang mungkin tidak dapat dielakkan.

    • Ibadah Qurban akan dilaksanakan sepanjang Hari Tasyrik mengikut zon masa setiap negara yang mengambil bahagian.

    • Isu situasi semasa pelaksanaan, kuantiti haiwan qurban yang tinggi, kekurangan akses telekomunikasi dan alat penggambaran, perbezaan bahasa dan sebagainya mungkin menyebabkan gambar pelaksanaan untuk setiap tempahan tidak dapat disediakan. Qurbanaid tidak akan sekali-kali menjanjikan setiap tempahan anda akan diberikan laporan bergambar.

    • Qurbanaid mengikuti garis panduan syarak untuk setiap haiwan yang disembelih untuk tujuan qurban dan aqiqah. Perbezaan budaya, mazhab agama dan keadaan setempat mungkin berbeza dari norma di Malaysia semasa proses pelaksanaan.


  1. Sijil, Promosi, Tawaran terhad serta perkhidmatan parcel.
    • Sijil pelaksanaan yang dicetak serta pautan laporan status akan diberikan untuk setiap tempahan.

    • Sebarang promosi, tawaran terhad serta hadiah percuma adalah terhad kepada waktu yang telah ditetapkan ataupun sementara stok masih ada.

    • Imej yang dipaparkan di dalam promosi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

    • Qurbanaid tidak menjamin ketersediaan stok hadiah promosi untuk penghantaran segera.

    • Qurbanaid berhak membuat perubahan hadiah tanpa sebarang notis. Qurbanaid boleh menukar hadiah yang di iklankan dengan hadiah yang lain yang sama nilainya untuk tempahan yang didaftarkan di dalam waktu promosi.

    • Parcel yang mengandungi Sijil pelaksanaan serta hadiah percuma akan dihantar dalam tempoh 60 hari dari tarikh tempahan (tertakluk kepada perubahan semasa).

    • Sekiranya terdapat sebarang kelewatan ketersediaan stok, situasi yang tidak dijangka, Qurbanaid berhak menangguhkan proses penghantaran parcel.

    • Sila maklumkan kepada pihak pengurusan jika anda menerima lebihan/kekurangan kuantiti hadiah dsb.

    • Segala kerosakan yang berlaku kepada parcel yang telah dihantar adalah di bawah tanggung jawab perkhidmatan kurier.

    • Qurbanaid tidak bertanggung jawab atas parcel yang dikembalikan atas sebab kesilapan alamat yang salah/tidak lengkap yang diberikan semasa pendaftaran, parcel yang tidak dituntut di pejabat pos mengikut tempoh. Caj penghantaran semula akan dikenakan kepada pelanggan untuk penghantaran semula.

    • Qurbanaid tidak bertanggung jawab sekiranya parcel yang dihantar hilang, rosak atau tidak diterima pelanggan akibat kecuaian pihak kurier ataupun penerima.

    • Sebarang permintaan tambahan hadiah akan dikenakan caj tambahan mengikut harga unit.

  1. Pembatalan dan Pemulangan
    • Di dalam keadaan, walaupun bukan disebabkan kesilapan pelanggan, pembelian qurban/aqiqah anda dibatalkan, ditangguhkan atau ditukarkan tarikh, anda boleh memilih untuk menukarkan tarikh pelaksanaan, bergantung kepada kebolehan kami untuk memenuhi tarikh tersebut, dengan menghubungi talian khidmat pelanggan kami. Jika anda memilih untuk tidak meneruskan pembelian bersama Qurbanaid, anda menerima bahawa liabiliti Qurbanaid kepada anda ialah hanya untuk membuat pemulangan wang tempahan secara penuh semula dalam tempoh yang dipersetujui bersama. Anda menerima bahawa hanya ini sahaja penyelesaian undang-undang yang tersedia.

    • Pemulangan semula kos penyertaan yang dibayar menggunakan kad kredit/debit/FPX atau e-wallet akan bergantung kepada polisi pemulangan syarikat perkhidmatan yang disediakan. Pemulangan akan dilakukan mengikut kes melalui pegawai perkhidmatan kami, yang akan membantu anda untuk proses pembatalan.

    • Prosedur berikut adalah termaktub untuk pembatalan;
      • Pembatalan yang dilakukan dalam tempoh 3 hari sebelum Aidiladha : tiada fi pembatalan dan pemulangan penuh akan diberikan.
      • Pembatalan selepas 3 hari dari tarikh Aidiladha : tiada pemulangan akan diberikan.

    • Pembatalan akan dilepaskan mengikut cara pembayaran asal. Proses ini mungkin mengambil masa sehingga (30) hari bekerja.

 

  1. Penafian
    • Anda dengan ini mengakui bahawa;
      • Qurban adalah terhad dan bergantung kepada ketersediaan.
      • Qurban hanya terdapat pada tarikh tertentu mengikut kalendar tahunan dan disebabkan itu, mengakui bahawa Qurban yang dibeli hanya dijamin tersedia pada tarikh yang ditetapkan sahaja.

      • Qurban yang dijadualkan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis, dan anda bersetuju untuk sentiasa merujuk pegawai yang disediakan tentang sebarang maklumat tentang pembelian anda.

    • Qurbanaid tidak akan bertanggung jawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan, yang akan dialami atau ditanggung pelanggan disebabkan oleh pembelian, penebusan atau penggunaan servis kami.

 

 

  1. Lesen untuk menggunakan kandungan digital / cetakan
    • Melainkan dinyatakan sebaliknya, kesemua laman web rasmi dan sokongan serta aplikasi qurbanaid.my dan / atau pemberi lesennya memiliki hak harta intelek di laman web dan bahan di laman web. Tertakluk kepada lesen di bawah, semua hak harta intelek ini dikhaskan.

    • Anda boleh melihat, memuat turun dan berkongsi untuk tujuan perkongsian sahaja, dan mencetak halaman dari laman web untuk kegunaan peribadi anda sendiri, tertakluk kepada sekatan yang dinyatakan di bawah dan di tempat lain dalam Terma dan Syarat ini.

    • Anda tidak boleh:

      Menerbitkan semula bahan dari laman web ini (termasuk republikasi di laman web lain) tanpa persetujuan kami;
      Bahan menjual, sewa atau sub-lesen dari laman web;
      Membentuk semula, pendua, salinan atau sebaliknya mengeksploitasi bahan di laman web ini untuk tujuan komersil;
      Edit atau ubah suai apa-apa bahan di laman web; atau
      Mengagihkan semula bahan dari laman web ini (kecuali kandungan khusus dan secara nyata disediakan untuk pengagihan semula).

 

 

  1. Tiada jaminan
    • Laman web, aplikasi, kandungan digital serta cetak yang disediakan Qurbanaid dibuat seperti tanpa sebarang representasi atau jaminan, nyata atau tersirat. Qurbanaid tidak membuat sebarang representasi atau jaminan berhubung dengan kandungan ini atau maklumat dan bahan yang disediakan.

    • Anda menerima, sebagai entiti liabiliti terhad, Qurbanaid berhak untuk mengehadkan liabiliti peribadi para pegawainya dan pekerja. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan membawa apa-apa tuntutan secara peribadi terhadap pegawai atau pekerja Qurbanaid berkenaan dengan apa-apa kerugian yang anda alami berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan kami.

    • Tanpa menjejaskan perenggan yang terdahulu, anda bersetuju bahawa batasan jaminan dan liabiliti yang dinyatakan akan melindungi pegawai, ejen, anak-anak, pengganti, penerima dan subkontraktor, serta syarikat Qurbanaid Sdn. Bhd.

 

  1. Kebolehkerjaan
    • Sekiranya peruntukan Terma dan Syarat ini ditentukan oleh mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa yang kompeten yang lain untuk menyalahi undang-undang dan / atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan lain akan terus berlaku. Sekiranya mana-mana peruntukan yang menyalahi undang-undang dan / atau tidak boleh dikuatkuasakan akan menjadi sah atau boleh dikuatkuasakan jika sebahagian daripadanya telah dipadamkan, bahagian itu akan dianggap akan dihapuskan, dan selebihnya peruntukan akan berterusan.

 

 

  1. Undang-undang dan Bidang Kuasa

Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia, dan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan Terma dan Syarat ini akan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.