XPDC QurbanAid 2018 di Kampung Thnong Kaoh Soutin, Kemboja.

Assalamualaikum w.b.t sahabat QurbanAid,
Jika sang mentari tak memancarkan sinarnya kerana tertutup awan mendung,
maka jadilah matahari yang menyinari orang di sekitarmu.

Tahukah anda selain melakukan ibadah qurban di luar negara, anda juga berpeluang untuk menyertai XPDC Qurban di kampung yang terpilih di negara Kemboja. Wahh! Seronoknya.

Kenapa anda perlu menyertai XPDC ini?

Program ini juga mempunyai serampang dua mata selain bertujuan untuk merasai sambutan Hari Raya Korban (Eidul Adha) di nusantara malah berpeluang merasai pengembaraan yang penuh dengan pengisian bercirikan Islamik di samping membantu umat Islam yang lebih memerlukan di sana.

Bilakah XPDC ini akan bermula?

Dengan izin Allah pada 21-25 Ogos 2018 peserta akan meninggalkan bumi Malaysia sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha iaitu pada 21 Ogos 2018. Selama 5 hari peserta akan berkampung disana untuk sambutan Aidiladha. Kebanyakan program tersebut telah dilaksanakan di Kemboja khususnya. Kemboja sentiasa menjadi destinasi pilihan kerana kerajaan Kemboja sangat menggalakkan badan-badan NGO, persatuan dan organisasi untuk membantu masyarakat mereka tanpa sekatan. Di samping itu, program ini juga melibatkan banyak syarikat-syarikat korporat, swasta IPTA dan IPTS yang ingin turut serta menjayakan XPDC ini. XPDC ini turut disertai oleh icon dakwah terkenal Malaysia seperti Imam Muda Syed Faris & Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi. Selebriti ini akan menjanjikan sesuatu kelainan kepada penduduk di Kemboja kerana banyak aktiviti yang diaturkan oleh team QurbanAid bagi memeriahkan lagi sambutan Aidiladha di sana.

Menarik bukan?

Jadi, ini adalah peluang anda untuk merasai kemanisan melakukan ibadah Qurban bersama penduduk kampung. Jika sebelum ini, anda menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluraga tercinta dan kenapa tidak untuk tahun ini marilah bersama-sama dengan Team QurbanAid XPDC untuk mengertikan lagi sambutan Aidiladha bersama penduduk di Kemboja.

Ingin tahu apa pakej lain jika ingin menyertai QurbanAid XPDC ini. Jangan risau, Team kami sudah aturkan pakej untuk anda yang termasuk :
- Penerbangan bersama Malaysia Airlines (MAS).
- Penginapan, Makanan & Tip-tip pelancongan.
- Phnom Peng City Tour.
- Program pengisian bersama hos jemputan.
- Satu (1) Bahagian Qurban.

Oleh itu, setiap peserta akan mendapat 1 bahagian lembu secara percuma setelah menyertai XPDC ini.

XPDC ini sudah tentu dapat memberikan pengalaman yang baru kepada anda khususnya untuk mendekati masyarakat Islam di Kemboja dengan lebih dekat melalui aktiviti bersama penduduk kampung seperti pembahagian saguhati dari NGO tempatan mahupun aktiviti kemasyarakatan.

Jom kita ikuti testimoni daripada peserta atau Icon XPDC QurbanAid sendiri iaitu Imam Muda Syed Faris.

“Program seumpama ini kita nak ajak semua orang yang berada di Malaysia, nak bagi orang kampung Kemboja disini rasai nikmat kita di Tanah Air. Kalau kat Malaysia. Setakat nak berprogram di masjid ataupun di sekolah, program ini memang dah lama ada. Tetapi untuk mereka di kampung ini saya tak pasti, mungkin ini perkara yang jarang-jarang dilakukan, dan kita baru masuk kampung ni buat kali pertama, agar semoga mereka ingati kita.

"Harapan saya untuk program macam ni dilakukan oleh kawan-kawan kita yang masih lagi yang belum ada rasa nak ke luar negeri, pergi ke tempat yang macam ini. Kadang-kadang kita ni suka juga nak ke luar negeri tetapi tempat yang best-best, hotel-hotel mewah. Kita pergi tempat-tempat macam ini berjumpa dengan saudara seakidah, seagama dengan kita, untuk merasai juga nikmat(rezeki) yang Allah S.W.T. bagi pada kita itu yang semestinya memang banyak, kita memang ada duit. Tapi nak sebutnya yang duit Allah S.W.T. bagi, rezeki Allah S.W.T. bagi untuk sama-sama kita berkongsi dengan mereka, dan semoga mereka pun dapat rasai juga kebahagian, keistimewaan yang mereka selama ini jarang berlaku”.

Imam Muda Syed Faris

Selebriti QurbanAid

Wah!...Imam Muda Syed Faris cukup merasa bangga dan berpuas hati dapat merasai dan menolong mereka dengan lebih dekat lagi. Jom! Apa kata anda pula?

Bagaimana untuk menyertai XPDC QurbanAid "Untuk mereka kali ini"?

Penyertaan ini terbuka kepada 40 orang yang terawal sahaja. Tawaran adalah terhad. Cepat-cepat daftar sekarang kerana peluang ini sangat dinantikan oleh masyarakat kita. Jumpa anda di sana yer!
Untuk pendaftaran, anda boleh tekan link di bawah ini :

Artikel berkaitan...